HUN baru mengenali Bella selepas mereka membintangi drama Cinta Belum Tamat. FOTO Instagram Hun Haqeem
HUN baru mengenali Bella selepas mereka membintangi drama Cinta Belum Tamat. FOTO Instagram Hun Haqeem
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


"SAYA anggap Bella hanya sebagai kakak tidak lebih daripada itu, manakala anaknya dianggap seperti anak saudara," kata pelakon, Hun Haqeem, 21, menepis permintaan peminat yang mahukannya bercinta dengan rakan pelakon, Bella Astillah, 25.

Hun berkata, sebaik dia memuat naik gambar mereka di Instagram pada 12 September lalu, pengikut laman sosial terbabit memintanya menjaga bekas isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu.

"Saya ada baca komen berkenaan, ada yang mendakwa muka kami seiras dan mahukan kami bercinta.

"Saya anggap ia gurauan manja kerana menganggap Bella hanya sebagai kakak," katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, dia baru mengenali Bella selepas mereka membintangi drama, Cinta Belum Tamat Tempoh yang disiarkan di sebuah stesen televisyen pada 9 September lalu.

"Dalam drama ini, kami memegang watak sebagai kakak dan adik. Di luar penggambaran pula, saya memanggil Bella sebagai kakak, tiada apa-apa yang lain," katanya.

Jika mahu bercinta, Hun menyatakan kesediaan membintangi drama atau filem yang menyaksikannya bersama Bella berperanan sebagai pasangan kekasih.

Bella sebelum ini berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Hubungan itu bagaimanapun terputus apabila mereka sah bercerai pada 16 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 4:55 PM