APRENA berharap kedua-duanya tidak menggunakan media sosial sebagai tempat berbalas pendirian. FOTO Arkib NSTP
APRENA berharap kedua-duanya tidak menggunakan media sosial sebagai tempat berbalas pendirian. FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri


"SALAH tetap salah. Tak wujud istilah saya mempertahankan kakak," kata pelakon Aprena Manrose iaitu adik kepada Oktovia Manrose yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Aprena menerusi Instagram Story berkata, sebagai adik dia turut berada dalam situasi serba salah berhubung kemelut yang berlaku antara kakak dan kawan baiknya, Bella.

"Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya Aprena Manrose juga berdepan rasa serba salah di antara kemelut yang membabitkan kakak dan Bella.

"Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Kedua-duanya sangat rapat dengan saya.

"Dia (Oktovia) sendiri sudah memohon maaf atas keterlanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memahami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini," katanya.

Menurutnya, dia berharap kedua-duanya tidak menggunakan medium media sosial sebagai tempat berbalas pendirian,

"Saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata serta akan ada penamat yang baik. Saya sayangkan mereka sangat.

"Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab ambillah tanggungjawab ini bagi berdepan secara budiman meleraikan segala kekusutan," katanya.

Dalam pada itu, Aprena turut berterima kasih kepada warganet kerana prihatin bagaimanapun memohon kepada warganet supaya tidak menjadi wira papan kekunci.

"Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa," katanya.

Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa bahawa Aliff berlaku curang dengan Oktovia serta turut memuat naik perbualan daripada seseorang yang mengatakan dia melihat suaminya dan pelakon itu di sebuah kelab malam sebagai bukti.

Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersama.

Aliff dan Bella berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun tujuh bulan.

Berita berkaitan

'Aliff Aziz buat hal lagi - Bella Astillah'

'Tunggu keluarga, baru komen - Aliff Aziz'

'Oktovia mengaku salah keluar dengan Aliff Aziz'

'Bella mahu bersemuka dengan Oktovia'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 2:05 PM