Najiy Jefri


TINDAKAN pelakon Emma Maembong membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif netizen dan pengikutnya di laman Instagram.

Rata-rata pengikut berasa kecewa dan kesal dengan keputusan yang diambil Emma selepas lima tahun tampil berhijab.

Malah ada yang menyuarakan untuk memboikot semua drama dan produk membabitkan pelakon itu.

“Boleh boikot drama atau filem yang terbaru," tulis @oryzalacbyaley.

Sementara itu, ada juga netizen yang berharap suatu hari ini Emma akan diberikan hidayah untuk kembali bertudung.

“Bila tudung sekadar untuk berfesyen. Semoga Emma diberikan hidayah suatu hari nanti untuk betul-betul bertudung kerana menjaga auratnya," tulis @wannaonekichen.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyatakan sudah hilang hormat terhadap Emma di atas tindakannya membuka tudung.

“Tak sangka bertudung kerana mengejar populariti. Hilang ‘respek’ saya kat akak. Berubahlah sebelum terlambat," tulis @the.red_head.

Terdahulu Emma mengakui dia tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu.

Berita berkaitan

'Ini kehendak saya' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Februari 2019 @ 9:28 PM