Nelydia Senrose
Nelydia Senrose

Kuala Lumpur: Pelakon, Nelydia Senrose didapati menukar gambar profil Instagramnya dengan gambar tanpa memakai tudung.

Dalam gambar itu, Nelydia yang sebelum ini didakwa bertudung, memakai busana warna gelap dan duduk di katil tanpa memakai tudung.

Harian Metro cuba menghubungi Nelydia untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu, namun, nombor telefon yang dihubungi kononnya bukan miliknya.

Individu yang menjawab panggilan itu mendakwa dia bukan Nelydia dan menggunakan Bahasa Melayu dengan slang Cina.

Nelydia bagaimanapun tidak memuat naik hantaran terbaharu di Instagramnya selain hantaran terakhir pada sembilan minggu lalu.

Dalam hantaran terakhir itu juga, ada beberapa komen netizen yang meminta agar dia menguatkan hatinya agar terus bertudung.

"Pakai tudung ya sayang. Awak cantik dengan bertudung," tulis satu netizen.

Sebelum ini, Nelydia beberapa kali tampil bertudung dan tanpa bertudung di khalayak terutamanya, saat bercuti di luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2023 @ 3:40 PM