Faeez (kiri) dan Rea. FOTO Aziah Azmee
Faeez (kiri) dan Rea. FOTO Aziah Azmee
Michelle Gun


DENGAN sekali lafaz, penyampai radio Kool FM, Rea dan pemain dram Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim selamat diijab kabul di Petaling Jaya, 9.50 pagi, hari ini.

Pasangan itu dinikahkah oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Orang Islam, Masjid Kota Damansara, Imam Mohd Lutfi Shuhud pada majlis yang berlangsung di dewan bankuet di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Penyampai radio berasal dari Terengganu itu diwalikan bapanya, Tengku Mohamad Tengku Muda.

Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad, 29, menerima mas kahwin RM300 selain menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas lima daripada pihak pengantin lelaki.

Majlis yang diadakan secara ringkas itu dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua pasangan pengantin.

Majlis akad nikah disusuli acara persandingan pada 12 tengah hari di lokasi sama.

Rea dan Faeez akan berbulan madu di Bali, Indonesia pada 20 November ini.

Gambar Aziah Azmee

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 11:24 AM