NINA Iskandar. FOTO Arkib NSTP
NINA Iskandar. FOTO Arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Nina Iskandar, 25, tidak kisah sekiranya ada peminat yang mempertikaikan bentuk tubuhnya yang dikatakan semakin besar.

Menurutnya, dia sedar kenaikan berat badannya, namun tidak terlalu risau.

“Saya tahu, berat badan saya naik dan bentuk badan saya pun nampak besar berbanding sebelum ini. Tak kisahlah orang nak kata apa pun.

“Badan saya jenis yang cepat naik dan cepat turun. Jadi, saya rasa, tak jadi masalah kerana sekarang, saya selesa dengan bentuk badan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama bersiri Cinta Bukan Kristal itu, dia pernah menurunkan berat badannya sebelum ini.

“Sebelum ini, saya pernah turunkan berat badan untuk satu drama dan ketika itu, berat saya susut sebanyak tujuh kilogram. Jadi, tak menjadi masalah untuk saya turunkan berat badan lagi selepas ini.

“Sekarang, bila saya banyak berlakon drama yang bermain dengan emosi, saya sendiri pun ada rasa tekanan. Kerana itu, saya memilih untuk makan,” katanya.

Pelakon yang berasal dari Brunei itu juga menambah, sekiranya dia rasa untuk mengurangkan diet dia akan kembali mengamalkan diet.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 6:19 PM