Haqiem akan beritahu pada awal Julai. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Haqiem akan beritahu pada awal Julai. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Georgie Joseph


TIDAK pasti gimik atau bukan, penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan dia mungkin akan berhenti menyanyi disebabkan masalah depresi sejak awal tahun ini.

Haqiem, 20, berkata dia akan memberitahu keputusan sama ada meneruskan untuk jadi penyanyi atau berhenti pada awal bulan depan menerusi Instagram.

“€œPengumuman penting kepada semua, sudah lama saya tunggu saat ini, dalam keadaan sekarang atau waktu yang tepat.

“€œSaya ingin memberitahu mengenai posisi saya dalam industri muzik, berhenti atau tidak. Pada awal bulan Julai saya akan memberikan jawapan sepenuhnya.

“€œBanyak perkara yang berlaku apabila saya dalam industri muzik. Mereka yang bercakap senang tapi saya rasa sakit dan perit,”€ katanya.

Haqiem juga memutuskan untuk berehat daripada sosial namun masih akan menjayakan tawaran persembahan.

“€œBuat masa sekarang, saya mahu berehat daripada media sosial dan pada 24 Jun akan hadirkan diri untuk persembahan di Ipoh. Mungkin ia akan menjadi persembahan terakhir saya sebagai penyanyi.

“70 peratus diri saya sudah mengatakan ya tapi apa-apa boleh berlaku,” katanya.

Haqiem turut memohon maaf kepada peminatnya dan berharap mereka faham dengan pelbagai kesukaran dilaluinya kebelakangan ini.

“Kepada Qiemilio, jangan marah dan harap faham keadaan saya. Anda pun tahu saya berhadap depresi sejak awal tahun dan ia terus berlaku sehingga sekarang.

“Bukan depresi saja, macam-macam lagi. Keluarga serta pihak FMC sudah memberi rehat kepada saya untuk berfikir sehingga hujung bulan Jun.

“Tunggu saya akan beritahu keputusan pada awal Julai nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ramai peminat di Instagram mendoakan yang terbaik buatnya dan tidak ketinggalan ada mendakwa pengumuman itu sekadar gimik untuk lagu akan datang.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan Haqiem menerusi panggilan telefon dan mesej tidak berhasil.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Jun 2018 @ 2:37 PM