Sarah bersama Ismail ditemani seorang rakan. FOTO IG
Sarah bersama Ismail ditemani seorang rakan. FOTO IG
Sarah (kanan) akui ada keluar dengan Ismail. FOTO MAHZIR MAT ISA
Sarah (kanan) akui ada keluar dengan Ismail. FOTO MAHZIR MAT ISA
Rudy Imran Shamsudin


BAKAT baru, Sarah Suhairi, akui pernah keluar berdua dengan penyanyi meningkat naik, Ismail Izzani, 18 atau Mail, baru-baru ini.

Sarah bersama Ismail ditemani seorang rakan. FOTO IG
Sarah bersama Ismail ditemani seorang rakan. FOTO IG

Bagaimanapun Sarah, menegaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan.

Malah, keakraban wujud antara dua penyanyi remaja itu tidak membabitkan soal hati dan perasaan.

Sarah, 18 berkata, dia tahu ada pihak salah faham apabila nampak mereka pernah keluar berdua.

“Saya harap penjelasan ini akan memberi gambaran kedudukan yang sebenar. Saya kenal Mail pun sewaktu saya menyanyikan (cover) lagu singlenya, Luar Biasa.

“Saya muat naik nyanyian saya itu di laman sosial dan tidak sangka pula Mail kongsikan rakaman itu di laman sosial miliknya,” katanya, hari ini.

Sarah yang sedang mempromosikan single pertamanya, Pedih, berkata selepas Mail memuat naik rakaman itu, peminat mula memberi perhatian kepada dirinya.

Kedua-dua penyanyi remaja ini kemudian ditemukan sewaktu mereka sama-sama menjayakan program Music Jam diterbitkan Hurr TV.

“€œApatah lagi apabila kami bertemu di luar dan ramai yang melihat membuatkan timbul gosip kononnya saya dan Mail bercinta,” katanya.

Menjelaskan mengenai gosip seorang lagi penyanyi muda dan pelakon Naim Daniel yang cuba memenangi hatinya, kata Sarah, perkara itu tidak benar.

“Ia sekadar usik-usik produksi Hurr T, sewaktu Naim mengendalikan program Music Jam menggantikan Mail. Saya masih solo dan tidak mahu lagi fikir soal cinta,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 3:11 PM