ALIA Bhatt
ALIA Bhatt
Najiy Jefri

Aktres Alia Bhatt mengakui tidak kisah melakonkan babak cium menerusi filem lakonannya pada masa akan datang.

Anak penerbit filem tersohor Mahesh Bhatt itu menegaskan, dia sedia melakonkan babak cium di layar perak dengan syarat ia adalah kehendak skrip.

“Saya tidak melihat bercium di layar perak sebagai sesuatu yang memalukan. Jika ia mengikut kehendak skrip, saya akan melakukannya,” katanya.

Alia kini rancak menjalani penggambaran filem Raazi yang bakal menemui penonton pada bulan depan. Selain Alia, filem terbabit turut dibintangi Vicky Kaushal, Amruta Khanvilkar dan Soni Razdan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 April 2018 @ 12:56 AM