DIANA Penty.
DIANA Penty.
Najiy Jefri

Penangguhan tarikh tayangan filem terbarunya, Parmanu: The Story of Pokhran yang sepatutnya ditayangkan pada 8 Disember tahun lalu tidak menjejaskan pelakonnya, Diana Penty.

Diana berkata, dia sentiasa optimis dan percaya filem yang turut dibintangi John Abraham itu akan tetap ditayangkan.

“Walaupun tayangannya ditangguhkan, saya tidak terkilan atau berasa sedih. Bagi saya, lebih baik kita nantikan tarikh sebenar filem ini dan lakukan perkara lain terlebih dahulu.

“Saya memang tidak sabar untuk melihat penghasilan filem ini yang dijangka ditayangkan pada Mei depan,” katanya.

Menurut Diana, dalam filem itu dia membawa watak sebagai seorang anggota tentera yang mengangkat kisah ujian nuklear yang dilakukan di Pokhran, Rajasthan pada 1998.

“Ini adalah cerita penting untuk diberitahu ke seluruh negara. Ia mengenai bagaimana India menguasai nuklear,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 April 2018 @ 12:46 PM