ATIKAH Suhaime bersama tunangnya, Awi Rafael. FOTO Instagram Atikah Suhaime
ATIKAH Suhaime bersama tunangnya, Awi Rafael. FOTO Instagram Atikah Suhaime
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Atikah Suhaime dan penyanyi Awi Rafael selamat bertunang di Royal Palm, Clarke Quay Singapura, hari ini.

Atikah, 27, berkata, dia mengambil keputusan untuk bertunang dengan Awi selepas wujud keserasian dalam perhubungan.

“Biarpun kami baru berkenalan lebih lima bulan lalu, namun saya dapat rasakan keserasian antara kami.

“Awi pula tidak mengambil masa panjang untuk berbincang dengan kedua ibu bapanya sebelum menghantar rombongan merisik seterusnya melangsungkan pertunangan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Atikah yang juga pelakon filem Highland Tower, dia dan Awi menetapkan tempoh setahun untuk bertunang.

“InsyaAllah, majlis nikah bakal berlangsung pada 15 Mac tahun hadapan iaitu sempena hari jadi saya. Jadi, kedua belah keluarga bersetuju untuk pertunangan ini berlangsung selama setahun.

“Saya mengharapkan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Pastinya juga, ini menjadi satu lagi fasa baru dalam kehidupansaya,” katanya.

Majlis pertunangan yang berlangsung dihadiri keluarga terdekat serta kenalan mereka di Singapura.

Atikah dan Awi adalah artis kelahiran Singapura yang berjaya mencipta nama di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Mac 2018 @ 9:34 PM