Nita meminati gitar Ibanez yang menjadi alat muzikal kariernya. FOTO BRAVEWORDS
Nita meminati gitar Ibanez yang menjadi alat muzikal kariernya. FOTO BRAVEWORDS
Blabbermouth

GITARIS kumpulan Alice Cooper Nita Strauss dipilih pemuzik wanita pertama mendapat pengiktirafan sebagai artis ‘signature’ jenama gitar Ibanez.

Nita, dianggap kaki goreng gitar (shredder) berpangkalan di Los Angeles berkata: "Selepas sekian lama berangan, berharap dan bekerja keras termasuk merancang dan berlatih selama beberapa bulan, saya mendapat penghormatan dan berasa bangga dapat memperkenalkan gitar signature saya, Ibanez Jiva.

Gitar signature Nita akan dijual di seluruh dunia dan sama seperti apa digunakannya pada persembahan live termasuk pick up terbaru DiMarzio direka sendiri.

"Kali pertama saya bertemu dengan Ibanez pada September 2008, mereka bertanya kepada saya mengapa mereka perlu menyenaraikan saya dalam jadual artis.

Jawapan biasa gitaris berusia 31 tahun itu adalah: “Semua hero gitar saya adalah pemain gitar Ibanez. Ia impian menjadi kenyataan buat saya kerana dapat datang dan bertemu anda semua.

“Jika anda tidak mahu memberi pengesahan, saya tetap akan memetik gitar Ibanez dengan rasa bangga. Bagaimanapun ia pasti menjadi penghormatan besar menyertai keluarga besar dan mewakili syarikat ini secara rasmi.'

Nita memberitahu Guitar Girl Magazine tahun lalu dalam satu temu ramah dia mula bermain gitar pada usia 13.

"Saya bermain dram dulu dan berhenti kerana tidak bagus bermain alat itu," katanya.

"Kemudian saya beralih bermain gitar bass dan juga tidak bagus! Hingga sekarang masih tidak bagus. Akhirnya saya memetik gitar dan ia masih berterusan. Gitar pertama saya berharga $99 (RM383) jenis Squire Stratocaster, ada amplifier kecil, buku muzik lagu, plectrum, capo, slide, kabel dan beberapa peralatan.

“Ia adalah gitar paling murah dan saya menggunakannya selama beberapa tahun. Saya tidak ada gitar lebih baik dari itu sepanjang tempoh berkenaan”.

Nita mencipta nama bersama kumpulan The Iron Maidens, Femme Fatale dan LA Kiss sebelum menyertai Alice Cooper.

Susur galur Nita juga ada terbabit dalam bidang muzik klasikal kerana salah seorang moyang sebelah bapanya adalah komposer waltz Austria, Johann Strauss II.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 7:00 PM