Barisan kepimpinan WHAM sesi 2017/2020. FOTO ihsan WHAM
Barisan kepimpinan WHAM sesi 2017/2020. FOTO ihsan WHAM
Sudirman Mohd Tahir


ISU buli siber terhadap media menjadi agenda utama kepimpinan baru Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang dilantik untuk penggal 2017-2020 malam Selasa.

Presiden, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, sudah tiba masanya WHAM menggerakkan usaha bagi menangani isu ini.

"Hari ini kerjaya wartawan hiburan semakin mencabar dengan adanya buli siber. Artis juga seolah-olah tidak lagi menganggap media memberi kepentingan kepada kerjaya mereka.

"Sebaliknya lebih memandang kepentingan media sosial berdasarkan jumlah pengikut di laman sosial masing-masing.

"Disebabkan itu, peminat artis serta artis juga semakin lantang membuli media dengan kata-kata kesat yang keterlaluan," katanya dalam ucapannya.

Tengku Khalida yang juga Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia berkata, WHAM akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk membawa mereka ke muka pengadilan.

"Saya mahu ingatkan kepada sesiapa saja, tidak sukar untuk menjejaki pembuli ini dan kita akan bertindak untuk memberi pengajaran kepada mereka.

“Saya berharap ahli WHAM terus bersatu dalam memperkukuhkan hubungan ketika dunia kewartawanan hiburan semakin diperlekehkan.

"Sudah sampai waktu kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani isu buli siber dalam kalangan netizen ketika ini," katanya.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu, selain jawatan Presiden, tiga lagi jawatan utama berjaya dipertahankan iaitu Timbalan Presiden, Editor Hiburan mStar Online, Niezam Abdullah, Penolong Pengarang Hiburan, Utusan Malaysia, Nor Asikin Hassan (Setiausaha) dan wartawan BH, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bendahari).

Pada pemilihan sama, wartawan dari Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir dipilih memegang jawatan Penolong Setiausaha menggantikan tempat Arif Nizam dari Malaysian Gazzete.

Editor Hiburan Berita Harian, Shamsul Azree Shamshir dipilih sebagai Ketua Penerangan dan Editor Online Harian Metro, Hartati Hasaan Basri kekal dalam senarai ahli jawatankuasa.

Ahli WHAM turut memilih tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi penggal baru yang terdiri daripada Hanisah Selamat (Berita Harian), Fairoz Azizan (Berita Harian), Syed Mussaddad Syed Mahdi (Mingguan Malaysia), Rudy Imran Shamsudin (Harian Metro), Farol Hadi Mustafa (Insta Online) dan Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!).

Sementara itu, Editor Hiburan Utusan Karya Sdn Bhd iaitu Noor Joha Ahmad dan Editor Gondang Online, Mohd Rosli Manah dilantik sebagai Juruaudit.

Berikut senarai penuh Jawatankuasa, WHAMbagi 2017-2020.

Presiden - Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin (Mingguan Malaysia)

Timbalan Presiden - Niezam Abdullah (mStar Online)

Ketua Penerangan - Shamsul Azree Shamshir (Berita Harian)

Setiausaha Kehormat – Nor Asikin Hassan (Utusan Malaysia)

Penolong Setiausaha - Sudirman Mohd Tahir (Harian Metro)

Bendahari - Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Berita Harian)

Ahli Jawatankuasa

1. Hanisah Selamat (Berita Harian)

2. Fairoz Azizan (Berita Harian)

3. Farol Hadi Mustafa (Insta Online)

4. Syed Mussaddad Syed Mahdi (Mingguan Malaysia)

5. Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo)

6. Rudy Imran Shamsudin (Harian Metro)

7. Hartati Hassan Basri (Harian Metro)

Juru Audit

1. Mohd. Rosli Manah (Gondang Online)

2. Noor Joha Ahmad (Utusan Karya Sdn Bhd)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017 @ 12:17 PM