(Dari kiri) Eddie, Lola, Ali dan Izo. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI/SUPIAN AHMAD
(Dari kiri) Eddie, Lola, Ali dan Izo. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI/SUPIAN AHMAD
Amirul Haswendy Ashari


KUMPULAN XPDC dianggotai Izo, Ali, Lola dan Eddie bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang berniat mahu mensabotaj konsert Public Distortion yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Lola atau Saiful Rizla Kamarudin, 44, mendakwa ada pihak tidak berkenan dengan pembabitan XPDC dalam konsert itu selepas mereka memuat naik promosi konsert itu di Facebook (FB), bulan lalu.

"Individu itu cuba menghasut orang ramai memboikot Joe, Prime Domestic dan konsert itu sejak sebulan lalu.

"Kami pun keliru. Apa masalah dia? Kami beritahu tidak perlulah nak jatuhkan orang. Kalau tidak mahu ikut, tidak mengapa," kata Lola.

Susulan isu itu, XPDC sudah membuat lebih daripada lima laporan polis sejak awal November lalu.

Pada masa ini, mereka masih mengumpul maklumat bagi tindakan selanjutnya.

Mereka turut berharap individu itu dapat berhenti daripada terus menyebarkan fitnah dan menjatuhkan XPDC.

Imbas kembali, XPDC asal dianggotai Mael, Izo, Man Tobey dan Yazid berpecah kepada dua versi.

XPDC versi pertama dianggotai Mael, Zuar, Amy dan Ariff.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 6:41 PM