Salman Khan memang terkenal dengan sifat penyayangnya.

Dia yang pernah putus cinta dengan Katrina Kaif masih mengambil tahu dan menyokong kerjaya bekas kekasihnya itu, begitu juga dengan Katrina.

Baru-baru ini, Salman menghadiri tayangan perdana filem lakonan terbaru Katrina, Jagga Jasoos dan Katrina juga pergi ke tayangan filem terbaru Salman, Tubelight.

Atas persahabatan yang terus terjalin, mereka digandingkan semula dalam filem arahan Ali Abbas Zafar berjudul Tiger Zinda Hai iaitu sekuel filem, Ek Tha Tiger yang mereka pernah berlakon bersama lima tahun lalu.

Selepas penggambaran filem itu di Austria, Mac lalu, ia meneruskan penggambaran di Maghribi. Jika tiada penggambaran, mereka akan keluar makan berdua di restoran di sana.

Salman sangat ‘sporting’ dan Katrina memuat naik gambar mereka makan di restoran terbabit di laman sosialnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 12:27 AM