DHARMENDRA tegaskan ada cara sendiri berkongsi cerita dengan orang lain.
DHARMENDRA tegaskan ada cara sendiri berkongsi cerita dengan orang lain.

Jika majoriti bintang veteran Bollywood berasakan pembikinan filem biopik adalah satu penghargaan buat mereka tetapi tidak bagi aktor Dharmendra, 81.

Dia enggan kisah hidupnya difilemkan meskipun ada produser berminat menerbitkannya.

Menurut suami kepada aktres Hema Malini itu, perjalanan hidupnya biasa sahaja.

“Saya ada cara sendiri untuk berkongsi cerita dengan orang lain dan bukan menerusi filem,” katanya.

Lebih 60 tahun Dharmendra mengabdikan dirinya dalam dunia perfileman Bollywood.

Terbaru, pemilik syarikat produksi Rishi Raj Film ini menerbitkan filem pendek antarabangsa berjudul Dream Catcher dan bekerjasama dengan Kinopticon Productions.

Selain itu, dia bersedia bergandingan dengan Hema sekiranya ada watak bagus untuk mereka berdua.

“Saya tiada masalah berlakon dengan Hema dengan syarat skrip dan watak mestilah bagus,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 2:03 AM