Pengasas Narqess Holding Sdn Bhd, Narqes Raimi dan rakan kongsi perniagaan, Asrulnizan Ayub ketika ditemui bersama produk kesihatan mereka pada sesi temubual khas di Navanos Biotech, Subang. FOTO GENES GULITAH
Pengasas Narqess Holding Sdn Bhd, Narqes Raimi dan rakan kongsi perniagaan, Asrulnizan Ayub ketika ditemui bersama produk kesihatan mereka pada sesi temubual khas di Navanos Biotech, Subang. FOTO GENES GULITAH
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Shah Alam: Navanos Biotech Sdn Bhd, pengeluar produk kesihatan di bawah jenama Navawhite, berada di landasan kukuh untuk meluaskan pasarannya di Brunei, Indonesia dan Singapura, dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi.

Pengasasnya, Datin Narqesh Raimi berkata, untuk permulaan, pihaknya memfokus usaha mengembangkan jenama Navawhite di pasaran tempatan dengan membawa masuk semua jenis produk Navawhite ke klinik dan farmasi di seluruh Malaysia.

Katanya, buat masa ini, terdapat tiga segmen produk Navawhite yang sedia dijual iaitu Sport, Wellness dan Beauty yang didatangkan dengan pembungkusan kompak dan mudah dibawa ke mana saja.

"Walaupun masih baru di pasaran, Navawhite menerima sambutan begitu memberangsangkan kerana produk ini dihasilkan melalui pengalaman saya dan rakan kongsi sebagai ahli farmasi. Produk juga sudah melalui proses tambah baik serta dilengkapi dengan kebaikan untuk prevention (pencegahan) dan cure (penyembuhan).

"Jadi, kita nampak apa kekurangan formulasi itu sebelum mengeluarkan produk yang sesuai untuk kegunaan setiap kategori konsumer. Semua produk Navawhite selamat diminum dan digunakan bermula peringkat kanak-kanak lagi.

"Bagi segmen Wellness Navawhite, produk didatangkan dengan ekstra nutrisi termasuk mineral, vitamin dan rasa yang sedap bermula pada harga RM15 (ada lima peket) setiap kotak," katanya kepada Bisnes Metro.

Selain merancang meluaskan serta meneroka pasaran Malaysia dan negara jiran, Narqesh berkata, bermula tahun depan, pihaknya menerusi kilang Qesiq Lab membuka peluang kepada usahawan yang ingin mengeluarkan produk sendiri dengan modal serendah RM5,000.

Beliau berkata, usahawan akan dibimbing dan diberi khidmat nasihat sehingga berjaya menghasilkan produk yang memenuhi standard piawaian ditetapkan pihak berkuasa.

"Bagi 2024, kami akan bergerak agresif untuk perkenalkan produk sedia ada termasuk membantu usahawan tempatan mengeluarkan jenama mereka sendiri yang lebih baik daripada produk luar negara," katanya.

Sementara itu, pengasas bersamanya, Asrulnizan Ayub berkata, tahun depan, syarikat menyasarkan jualan mencecah RM1 juta.

Pihaknya turut menawarkan orang ramai menjadi ejen Navawhite dengan margin keuntungan antara 30 ke 35 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2023 @ 10:46 AM