DARI kiri,   Ricard,  Dr Norazirah dan   Teh   pada majlis   pelancaran produk kulit jenama Benzac.
DARI kiri, Ricard, Dr Norazirah dan Teh pada majlis pelancaran produk kulit jenama Benzac.

Kuala Lumpur: Galderma Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan 30 peratus tahun ke tahun bagi produk rawatan masalah jerawat dan penjagaan wajah di negara ini.

Pengurus Besar Galderma Asia Tenggara, Jean-Sebastian Ricard berkata, Malaysia mempunyai pasaran berpotensi untuk terus berkembang dan pihaknya menerima sambutan begitu menggalakkan daripada pengguna.

Katanya, jenama Benzac berada di Malaysia sejak 10 tahun lalu dan menguasai 30 peratus pasaran produk penyelesaian masalah wajah terutama jerawat.

“Kami menyasarkan peningkatan penguasaan pasaran dua angka setiap tahun dan menerusi pengenalan produk baru serta kekuatan produk rawatan Benzac, kami yakin ia dapat dicapai.

“Galderma juga memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah pendapatan syarikat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk (R&D) yang memenuhi keperluan pengguna,” katanya selepas pelancaran produk baru Benzac di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Pemasaran dan Jualan Galderma Malaysia, Teh Chean Boon dan Perunding Dermatologi Pusat Perubatan UKM, Dr Norazirah Md Nor.

Ricard berkata, Galderma mempunyai pusat R&D terbesar di Perancis dan pihaknya komited menjadi peneraju pasaran di negara ini.

Menurutnya, jerawat ialah masalah berleluasa di Malaysia disebabkan faktor cuaca panas dan lembap.

Benzac merupakan produk di pasaran yang membantu pengguna mendapatkan penyelesaian kepada masalah jerawat.

Rangkaian produk Benzac disyorkan pakar dermatologi sebagai penyelesaian masalah jerawat yang lengkap dan boleh didapati di semua rangkaian farmasi Caring, AEON Wellness dan farmasi lain di seluruh negara mulai Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:02 AM