ANTARA koleksi sejadah ditawarkan The Prayer Mat.
ANTARA koleksi sejadah ditawarkan The Prayer Mat.

Syarikat pengeluar sejadah, The Prayer Mat Sdn Bhd mengambil langkah agresif dengan mengimport empat kontena yang memuatkan lebih 50,000 sejadah dari Madinah bagi tiga bulan pertama 2022.

Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, khususnya menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Eksekutif Jualan dan Pemasaran The Prayer Mat, Asyraf Nazir berkata, pihaknya berjaya menerima tempahan lebih 20,000 helai sejadah sebelum ia tiba di Malaysia.

"The Prayer Mat berani mengambil langkah ini berikutan penjualan sejadah pada tahun lalu amat memberangsangkan iaitu lebih RM45 juta hasil jualan sejadah.

"Sehubungan dengan itu, kami percaya dengan kejayaan ini, kami dapat menghabiskan sejadah yang dibawa dalam masa tiga bulan sahaja.

"Kami di sini juga akan sentiasa membawa masuk stok baharu setiap tiga bulan bagi memastikan stok sentiasa ada untuk pelanggan kami," katanya.

Menurutnya, The Prayer Mat mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sejak 2019 di rumah dan kini mempunyai sebuah wisma di Changlun, Kedah.

Asyraf berkata, pihaknya tidak menyangka koleksi sejadah yang dijual sebenarnya mempunyai permintaan tinggi di Malaysia.

"The Prayer Mat membawakan sejadah yang dikeluarkan dari kilang di Madinah dan mempunyai kualiti fabrik karpet yang digunakan di Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Makkah.

"Kami mempunyai tujuh koleksi sejadah iaitu Medina Collection, Medina Rose Collection, Mecca Collection, Calligraphy Collection, Elegance Collection, Aqsa Collection dan Zam Zam Collection," katanya.

Jelasnya, penjualan sejadah boleh didapati menerusi laman web The Prayer Mat, wakil jualan dan juga pembeli peribadi seluruh Malaysia.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 7:50 AM