TENGKU Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (tengah) menyaksikan penyerahan sijil MBOR daripada Timbalan Pengurus Besar MBOR, Mohamad Alex Edward, (tiga kanan) kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Professor Datuk Dr Mortaza Mohamed selepas Majlis perasmian Batik Blok terpanjang di Malaysia di Padang Perdana. FOTO Fathil Asri

Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menempa nama dalam Malaysia Book Of Record (MBOR), hari ini.

Mereka berjaya menghasilkan batik blok buatan tangan terpanjang di Malaysia iaitu 800 meter.

Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Juhari Azmi, berkata pihaknya memerlukan 27 hari untuk menyiapkan keseluruhan batik blok.

Katanya, usaha berkenaan dilakukan dua ratus peserta, sejak awal Ogos lalu.

Menurutnya, proses untuk menyiapkan batik blok ini dilakukan di Bengkel Ayu Fashion, Tumpat, dan lima motif batik blok bercorak flora dan fauna dilakarkan.

"Peserta terdiri penuntut dan kakitangan UMK, Universiti Teknolgi Mara (UiTM), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

"Selain itu, ia juga kerjasama daripada lima usahawan batik Kelantan iaitu Ayu Fashion, SMSB Jaya Edar, SQ Collection, Alif Batik & Trading dan Jabatan Penjara Machang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas dalam Majlis The Malaysia Book Of Record The Longest Batik Block di Padang Hoki.

Turut berangkat sama, Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan isteri, Datuk Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Wakil Malaysia Book Of Records, Mohamad Alex Edward menyerahkan sijil MBOR Records kepada Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 2:14 PM