PANG
PANG

Kuala Lumpur: Shopee terus menyaksikan lebih ramai rakyat Malaysia mengalihkan atau memulakan perniagaan mereka di atas talian, memandangkan jumlah penjual di platform berkenaan meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh setahun yang lalu.

Ini menunjukkan peningkatan pembabitan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam ekonomi digital berikutan kebergantungan pengguna yang semakin meningkat kepada e-dagang dan pembayaran digital.

Sebanyak 80 penjual tempatan yang menyertai Shopee pada tahun 2021, berjaya menjana jualan lebih RM1 juta hanya dalam tahun pertama mereka di platform berkenaan.

Sebahagian daripada penjual ini berasal dari kawasan luar ibu negeri dan luar bandar utama seperti Hutan Melintang, Perak; Kulim, Kedah dan Bera, Pahang dengan jualan meliputi produk mudah alih dan aksesori, barangan rumah dan kediaman serta produk kesihatan dan kecantikan.

Ketua Pegawai Operasi di Shopee, Terence Pang berkata, menjelang penghujung 2021, pihaknya dapat melihat setahun lagi rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan pandemik dan kini ia lebih penting bagi perniagaan untuk beroperasi dalam talian.

"Tahun ini, kami menyaksikan lebih ramai peniaga dan penjual tempatan memulakan langkah pertama mereka dalam talian.

"Pencapaian penjual kami juga bukti kebolehan e-dagang untuk mencipta mata pencarian yang inklusif dan mampan dalam landskap perniagaan yang mencabar.

"Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan mereka, dan kami terus berusaha untuk membantu lebih banyak PMKS tempatan mendapat manfaat daripada teknologi serta mempunyai akses kepada ekonomi digital," katanya dalam kenyataan.

Bagi membantu lebih ramai penjual berjaya di atas talian, Shopee meraikan penjual tempatan dengan memperkenalkan lebih banyak kempen di peringkat serantau dan tempatan untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka.

Di bawah inisiatif #ShopeeSapotLokal di Malaysia, Shopee menganjurkan pertandingan 'Seller of the Month' di mana penjual akan berkongsi perjalanan mereka sebagai penjual Shopee di media sosial.

Penjual yang memenangi pertandingan ini, selepas dipilih juri dalaman dan undian pengguna Shopee, akan menerima slot penstriman langsung terbitan Shopee Live, baucar kedai, kredit iklan Shopee dan barangan eksklusif.

Selain itu, kempen dua digit Shopee seperti 12.12 Jualan Hari Jadi yang sedang berlangsung bertujuan meraikan pencapaian penjual sambil menggalakkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kedai mereka melalui tawaran yang menarik.

Sambutan akhir tahun yang paling meriah ini, yang sedang berlangsung hingga 12 Disember, memberi rakyat Malaysia Baucar Penghantaran Percuma tanpa pembelanjaan minimum serta 12 juta baucar.

Seorang pembeli bertuah akan membawa peluang sebuah kereta baharu dengan bermain Putar & Menang Hyundai Kona, ditaja sepenuhnya oleh AIG Malaysia Insurance Bhd.

Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menambah nilai dompet mudah alih ShopeePay mereka dari sekarang hingga 11 Disember bakal memenangi hingga 12,121 Syiling Shopee setiap hari.

Melalui #ShopeeGivesBack, Shopee bekerjasama dengan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial termasuk Budimas Charitable Foundation, Hopes Malaysia Welfare Association, Islamic Aid Malaysia dan MyKasih Foundation dalam usaha mengumpul sumbangan derma.

Shopee juga berkolaborasi dengan Mydin, Nestlé, RB Home, Thong Guan Trading dan Unilever untuk menawarkan pengguna pilihan untuk menderma pek bundle antara RM30 dan RM100.

Hasil daripada sumbangan serta pek bundle ini akan disalurkan untuk menyediakan keperluan seperti air bersih, makanan dan kemudahan asas lain kepada komuniti luar bandar dan kurang bernasib baik di Malaysia.

Sempena sambutan ulang tahun Shopee yang keenam, Shopee akan menganjurkan 12.12 Birthday Bash TV Show di Shopee Live dan TV3 dari jam 9 malam pada 11 Disember.

Rancangan itu akan mempersembahkan selebriti tempatan seperti Misha Omar, K-Clique, Siti Nordiana dan ramai lagi. Para penonton juga bakal terpikat dengan XBox Series X, Pengering Rambut Dyson Supersonic dan 12 juta Syiling Shopee yang dapat direbut semasa Shopee Shake Battle Mode.

Rancangan TV itu juga akan menampilkan Timbang & Menang, di mana penonton dapat meneka berat objek yang dipilih secara rawak oleh pengacara dan memenangi wang tunai sehingga RM15,000.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 7:00 AM