TIMBALAN Naib Presiden Kanan Richworks International, Radz Mohd
TIMBALAN Naib Presiden Kanan Richworks International, Radz Mohd
Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Richworks International Sdn Bhd (Richworks International) menganjurkan Program Bangkit Bisnes Krisis 3.0 – Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital bermula 27 hingga 29 Ogos depan bagi memupuk semangat usahawan.

Program khas berkenaan diadakan secara percuma menerusi aplikasi Zoom bersama pengasas Richworks International dan mentor usahawan, Datuk Dr Azizan Osman.

Timbalan Naib Presiden Kanan Richworks International, Radz Mohd berkata, program ia diadakan bagi mendorong kebangkitan usahawan dalam menempuhi situasi sukar ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas usahawan di media sosial yang mahukan panduan serta bantuan bagi perniagaan yang terjejas.

"Pilihan sebenarnya ada di tangan kita sendiri untuk bertindak memperbaiki peniagaan dan mahu mendapatkan hasil.

"Walaupun banyak perniagaan ditutup, namun ada juga usahawan yang mampu bertahan serta dapat menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ini.

"Justeru, program ini diadakan buat pertama kalinya bagi membantu usahawan yang memerlukan sokongan," katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, Richworks International menyasarkan sehingga 100,000 pendaftaran sepanjang tiga hari program berlangsung serta sangat mengalu-alukan pendaftaran daripada usahawan dan individu lain seperti suri rumah dan pelajar.

Radz berkata, program ini bakal memberikan intipati dan modul yang berbeza daripada program khas yang ditaja sebelum ini.

"Kami menyeru usahawan serta masyarakat untuk sama-sama menghadirkan diri ke program ini bagi mendapatkan ilmu serta panduan penting yang bakal dikongsikan oleh Azizan Osman," katanya.

Untuk mendaftar layari https://richworks.com/bangkit/.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 7:18 AM