Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima tepukan gemuruh ketika singgah di persidangan Pemuda UMNO petang tadi.

Beliau bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman tiba di PWTC pada 2.55 petang untuk meninjau perjalanan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selepas Pemuda, mereka mengikuti persidangan Puteri dan sebelum beredar, mereka bersama-sama perwakilan Wanita mendengar perbahasan di Dewan Merdeka.

Sebelum itu, berlaku kekecohan di pintu masuk utama Dewan Merdeka berikutan ada ahli parti yang tidak mempunyai pas kebenaran cuba merempuh masuk.

Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 4:20 PM
Muhyiddin  bersalaman dengan Khairy ketika singgah di perPemuda UMNO di PWTC, petang tadi. FOTO Asyraf Hamzah
Muhyiddin bersalaman dengan Khairy ketika singgah di perPemuda UMNO di PWTC, petang tadi. FOTO Asyraf Hamzah