Oleh Afiq Hanif


Kuala Lumpur: HP memperkenalkan lima laptop terbaru yang menggunakan sistem operasi Windows 10 dan kini sedia di pasaran.

Antara yang diperkenalkan termasuk HP Spectre x2 (RM3,999), edisi Star Wars (RM3,999), Spectre x360 (RM4,999), Envy 13 (RM3,699) dan Pavillion Gaming (RM3,499).

HP Spectre x2 adalah laptop yang membolehkan pengguna mencabut papan kekuncinya dan bertukar kepada fungsi tablet.

Manakala laptop edisi Star Wars diinpirasi dengan rekaan karektor Darth Vader bersaiz 15.6 inci pada pilihan pemprosesan Intel Core i5 atau i7.

Spectre x360 pula menjadi laptop 13.3 inci yang mempunyai jangka hayat bateri sehingga 12 jam dan berkeupayaan skrin sentuh.

Envy menawarkan laptop nipis dengan kuasa audio menarik berdasarkan kerjasama dengan Bang & Olufsen.

Sementara itu, produk Pavillion Gaming semestinya untuk kaki game dengan kad grafik jenis NVIDIA GeForce GTX950M.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 6:18 PM
PENGARAH Urusan HP PPS Sdn Bhd, Kym Lim (tiga kiri) mempamerkan lima produk baru yang dilancarkan. FOTO Nurul Shafina Jemenon
PENGARAH Urusan HP PPS Sdn Bhd, Kym Lim (tiga kiri) mempamerkan lima produk baru yang dilancarkan. FOTO Nurul Shafina Jemenon