HP SPECTRE 13
HP SPECTRE 13
HP ELITEBOOK FOLIO G1
HP ELITEBOOK FOLIO G1
HP ENVY 15
HP ENVY 15
Afiq Hanif


Bagi yang bakal menggunakan duit raya bagi membeli laptop nanti, IT@Metro yang menghadiri pelancaran produk baru HP mencadangkan tiga produk berikut.

Laptop yang cantik dan rekaannya memang tidak tertahan dek hati melihatnya. Itulah yang dimiliki HP Spectre 13 apabila pengguna boleh memilih untuk menetapkan laptop dengan pemprosesan Intel Core i7-6500U atau i5-6200U dengan bahagian bawah laptop direka berasaskan gentian karbon.

Selain itu, ia juga laptop ternipis di dunia dengan 10.4mm mempunyai RAM 8GB jenis DDR3 selain jumlah storan berkapasiti 256GB.

Laptop ini mempunyai paparan 13.3 inci beresolusi HD penuh yang menjanjikan pengalaman multimedia menakjubkan.

Manakala HP Envy 15 pula mempunyai paparan HD penuh 1080p bersaiz 15.6 inci dengan dua varian disediakan iaitu versi skrin sentuh dan skrin bukan sentuh.

Laptop ini mempunyai fungsi accelerometer, sensor akan mengesan sekiranya laptop terjatuh dan mematikan fungsi cakera keras bagi mengurangkan risiko kerosakan pada data.

HP Envy 15 beroperasi pada cip pemprosesan Intel Core i5-6200U bersama RAM DDR3 8GB selain storan melangkau 1TB.

HP Elitebook Folio G1 pula menggunakan cip pemprosesan yang Intel Core dari M7, M5 atau M3. RAM DDR3 8GB dengan storan 256GB.

Peranti ini menyediakan sehingga dua port USB-C dengan teknologi Thunderbolt. Terdapat varian yang mempunyai skrin 4K UHD dan HD penuh 1080p.

INFO

HP SPECTRE 13

• Harga: RM5,999

• Pemprosesan: Intel Core i5 atau i7

• Kenipisan: 10.4mm

• Berat: 1.1kg

• OS: Windows 10

• Paparan: 13.3 inci

• RAM: 8GB DDR3

• Jangka hayat bateri: 9 jam

HP ELITEBOOK FOLIO G1

• Harga: RM6,199

• OS: Windows 10

• Pemprosesan: Intel Core M

• Jangka hayat bateri: 11.5 jam

• Storan: SSD hingga 512GB

• RAM: 8GB

• Berat: hingga 1.07kg

• Paparan: 12.5 inci FHD

HP ENVY 15

• Harga: Bermula RM3,699

• Pemprosesan: Intel Core i5OS: Windows 10 Home 64

• Paparan: 15.6 inci FHD IPS UWVA anti-glare WLED-backlit

• RAM: 8GB DDR4-2133 SDRAM

• Storan: 1TB 5400rpm SATA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2016 @ 5:01 AM