Joe Jerry Primus 12, seorang daripada tiga mangsa yang lemas. - Foto ZULFADHLI ZULKIFLI.
Joe Jerry Primus 12, seorang daripada tiga mangsa yang lemas. - Foto ZULFADHLI ZULKIFLI.
Sungai Puyuh di depan Kem Tentera Sungai Besi, tempat tiga kanak-kanak terjatuh dan dipercayai lemas. Anggota tentera kem itu turut membantu operasi mencari mangsa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Skuad Bencana DBKL hingga sekarang. -  ZULFADHLI ZULKIFLI.

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur : Kegembiraan lapan rakan memancing ketika cuti sekolah berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Puyuh di hadapan Kem Tentera Sungai Besi, kira - kira jam 6 petang tadi.

Bapa seorang daripada mangsa, Sarjan Primus Adrim, 40, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, dia menerima panggilan daripada rakannya pada jam 6.30 petang.

"Dua anak saya termasuk mangsa sedang memancing bersama beberapa rakannya apabila terjatuh ke dalam sungai itu. Abangnya, Dennylson, 13, hanya sempat menyelamatkan seorang rakan tetapi tidak sempat menarik adiknya.

"Arus sangat deras ketika itu dan dalam sekelip mata ketiga - tiga mereka hanyut dibawa arus deras," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Tentera, Jabatan Pertahanan Awam dan Skuad Bencana DBKL sehingga sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 10:17 PM