Ackbal  (dua kanan) bertemu anggota kadet beruniform pada Majlis Penutupan Eksesais PARADISE 2/2015 di Pangkalan Udara Labuan.
Ackbal (dua kanan) bertemu anggota kadet beruniform pada Majlis Penutupan Eksesais PARADISE 2/2015 di Pangkalan Udara Labuan.
Oleh Mohd Razlan Salleh


Labuan: Mengawal ruang udara daripada anasir pencerobohan bukan satu tugas enteng, malah memerlukan koordinasi yang betul bagi membolehkan pesawat tidak diundang dipaksa keluar atau mendarat dengan selamat di mana-mana lapangan terbang ditetapkan.

Situasi bertambah rumit sekiranya pesawat turut membawa bersama individu yang dijadikan tebusan dan sudah pasti nyawa mereka tidak bersalah menjadi keutamaan.

Eksesais Paradise 2/2015 yang berakhir di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan, mengetengahkan hampir semua aset udara dimiliki termasuk pembabitan Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan 10 Briged Para.

Pelbagai aset digerakkan antaranya pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM, F/A-18D Hornet, Hawk 108/208 selain pesawat pengangkut C-130H Hercules, KC130 Tanker dan CN235.

Keupayaan helikopter turut diuji apabila Eurocopter EC725 dan Sikorsky S61A4 Nuri turut memainkan peranan dalam mengawal ruang udara negara selain operasi tempur dan menyelamat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 6:55 AM