CHEAH (kanan) pada pameran HOMElove.
CHEAH (kanan) pada pameran HOMElove.

Kuala Lumpur: Pameran Perabot dan Perkakasan Rumah HOMElove yang bermula semalam sehingga Ahad ini bakal menghimpunkan sebanyak 100 pempamer meliputi segmen perabot, ubahsuai dan perkakasan rumah dengan 350 tapak pameran untuk mereka yang inginkan kelainan untuk dekorasi rumah kediaman.

Pameran yang diadakan di Pusat Pameran Mid Valley itu turut menyasarkan seramai 80,000 pengunjung dengan jangkaan jualan sehingga RM20 juta untuk siri ekspo yang dijalankan itu.

Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran dan Jualan HOMEland, Stephanie Cheah berkata, pameran itu adalah kali keenam diadakan selepas lima siri yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum ini dan penganjur berasa teruja menerima kunjungan orang ramai pada kali ini kerana produk ditawarkan adalah sangat berkualiti yang dijual pada harga istimewa.

“Kita turut menyediakan hadiah menarik berjumlah RM200,000 kepada pengunjung yang membuat pembelian minimum RM500 seterusnya melayakkan mereka memenangi hadiah ditawarkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 6:34 AM