YAP menunjukkan botol minuman aluminium percuma untuk 500 pengunjung pertama pameran Perfect Livin’ 2018 di SASICC.
YAP menunjukkan botol minuman aluminium percuma untuk 500 pengunjung pertama pameran Perfect Livin’ 2018 di SASICC.
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Kuantan: Syarikat perabot, iStar Ideas Factory Sdn Bhd (iStar Ideas) menyasarkan jualan RM15 juta menerusi pameran produk hiasan dalaman dan keperluan rumah Perfect Livin’ 2018 yang bermula kini hingga Ahad, sempena ulang tahun yang ke-10.

Pengarahnya Jason Yap berkata, sasaran itu realistik berdasarkan sambutan diterima dalam siri pameran berkenaan sebelum ini.

Katanya, kira-kira 30,000 pengunjung dijangka datang ke pameran berkenaan yang berlangsung empat hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) di sini.

“Ini adalah masa yang sesuai bagi pengunjung yang ingin menukar perabot serta perkakasan rumah sempena perayaan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya di sini, semalam.

Jason berkata, pihaknya memilih Kuantan destinasi pertama siri pameran itu.

Katanya, pengunjung berpeluang memenangi baucar tunai bernilai lebih RM100,000 menerusi Double Bonanza yang mana mereka hanya perlu berbelanja minimum RM1,000.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 12:37 AM