Jee belum bersedia berkongsi tarikh bernikah. Foto fail NSTP
Jee belum bersedia berkongsi tarikh bernikah. Foto fail NSTP
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: “Buat masa ini saya belum dapat kongsi tarikh lagi. Insya Allah, jika diizinkan mungkin tahun depan," kata penyanyi Fauziah Latiff, 45, mengenai desas-desus dia akan bernikah tahun ini.

Fauziah yang mesra dipanggil Jee berkata, dia berharap pernikahannya berlangsung secepat mungkin bagi mengelak salah faham berikutan pendedahan hal itu sejak beberapa bulan lalu.

“Sama ada awal atau hujung tahun depan. Insya Allah saya akan maklumkan apabila tiba masa sesuai nanti. Macam mana pun tahun depan akan berlangsung juga,” katanya.

Jee sebelum ini dilaporkan bakal berkahwin tahun ini tetapi tiada butiran terperinci mengenai majlis dan identiti bakal suaminya juga masih dirahsiakan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 1:12 AM