Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Seorang pekerja hotel ditemui mati bersebelahan tangki air tingkat atas bangunan hotel tempatnya bekerja di Batu 4, Jalan Pantai di sini, pagi ini.

Mangsa, Abdul Rahman Razak, 49, ditemui rakan sekerja selepas terhidu bau busuk ketika mencari mangsa di sekitar hotel berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.

Difahamkan, kehilangan Abdul Rahman disedari rakan sekerja apabila menemui motosikal mangsa di parkir hotel sedangkan mangsa tidak datang bertugas sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis menjalankan pemeriksaan di lokasi penemuan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 5:50 PM