Kita hanya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital apabila diri mula diÂserang penyakit, benar? Kita juga hanya mengambil berat kesihatan diri dan individu di sekeliling kita khususnya ahli keluarga apabila wujudnya simptom atau petanda kepada satu-satu jangkitan penyakit.
Berapa ramai pula dalam kalangan kita menjaga kesihatan diri, juga ahli keluarga, dengan mengambil suntikan vaksin bagi menguatkan sistem imunisasi tubuh?
Jumlahnya hanya boleh dihitung dengan jari dan hakikatnya ramai yang tidak atau enggan mengambil tahu kerana beranggapan suntikan vaksin cuma diperlukan saat tubuh sudah dijangkiti peÂnyakit berbahaya seperti virus influenza, H1N1 dan penyakit lain.
Sudahnya, enggan meÂngambil suntikan vaksin sebagai pencegahan, ramai pula yang masih percaya kepada mitos mengatakan suntikan vaksin ini amat menyakitkan hingga meninggalkan kesan sampingan seperti demam panas dan muntah serta-merta selepas itu.
Selain itu, tabiat suka tunggu dan lihat terutama dalam kalaÂngan kumpulan berisiko terhadap jangkitan influenza boleh meningkatkan risiko penularan wabak yang lebih serius.
Berdasarkan pola influenza yang bermusim, ia nyata menimbulkan ancaman Âsepanjang tahun di negara Khatulistiwa seperti Malaysia.
Ditambah dengan evolusi berterusan virus ini, vaksin yang ditawarkan kepada pengguna dan pesakit perlu dipertingkatkan agar dapat memberikan perlindungan yang lebih berkesan.
Justeru, Sanofi menerusi unit vaksinnya dikenali Sanofi Pasteur melancarkan vaksin kuadrivalen influenza pertamanya di negara ini.
Vaksin FluQuadri itu dihasilÂkan bagi membantu memberikan perlindungan lebih luas kepada rakyat Malaysia terhadap empat jenis virus influenza dengan tambahan influenza B, berbanding vaksin influenza trivalen sedia ada.
Virus influenza dalam vaksin selesema bermusim dipilih setiap tahun Âberdasarkan ramalan dan kajian pengawasan virus yang mungÂkin mencetuskan wabak pada musim seterusnya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan vaksin virus tertentu dimasukkan dalam vaksin influenza dan sebelum ini hanya satu jenis pencegahan influenza B dimasukkan ke dalam vaksin itu.
Influenza B punca utama wabak influenza bermusim setiap dua hingga empat tahun menyebabkan pesakit mengalami simptom yang teruk hingga dimasukkan ke hospital untuk rawatan Âlanjut lalu menyumbang kepada Âkadar kematian yang tinggi.
Menurut Vaksin Manusia & Immunotherapeutics, dua Âjaluran berbeza virus ÂInfluenza B didapati wujud di seluruh dunia sejak 1985, sekali gus menambah satu lagi virus B untuk vaksin terbabit yang bertujuan memberi Âperlindungan lebih luas Âterhadap penularan virus selesema Âdalam kalangan masyarakat.
"Disebabkan evolusi tanpa henti daripada virus influenza ini, perlunya rakyat Malaysia mendapatkan vaksin kuadrivalen yang imperatif.
"Tambahan jenis atau strain untuk influenza B dalam vaksin kuadrivalen ini membantu memberikan perlindungan yang lebih luas terhadap influenza untuk seluruh ahli keluarga," ujar Pakar Penyakit Berjangkit Pediatrik Universiti Malaya, Prof Dr Koh Mia Tuang.
Pengarah Urusan Sanofi Pasteur, Baptiste de Clarens seterusnya menjelaskan bahawa FluQuadri dirumus untuk membantu mengurangÂkan epidemik influenza ketika ini.
"Sanofi Pasteur komited dalam menyediakan vaksin bagi mencegah influenza ini. Disokong oleh penyelidikan berterusan dalam Sanofi ÂPasteur, FluQuadri dihasilkan untuk membantu melawan ancaman berkembangnya Âvirus influenza ini," katanya.
Jangkitan influenza bukan saja boleh menyebabkan Âseseorang itu demam, batuk dan sakit dada berpanjangan, malah lebih kronik sehingga menyebabkan kematian.
Di Amerika Syarikat, seramai 243 orang meninggal dunia sepanjang 2009 hingga 2010. Kebanyakan mereka yang berisiko tinggi seperti penyakit asma kronik, jantung, wanita hamil, obesiti juga diabetes, mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan AIDS.
Influenza atau demam selesema bermusim ialah sejenis penyakit pernafasan berpunca daripada jangkitan virus selesema.
Jenis atau strain virus Âselesema yang menyebabkan penyakit ini boleh berubah sifat dari setahun ke setahun atau pada tahun yang sama.
Pesakit demam selesema mungkin meÂngalami demam, kesejukan, sakit kepala, Âbatuk kering dan sakit otot serta mungkin sakit di seluruh tubuh selama beberapa hari hingga seminggu atau lebih.
Kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya. ÂNamun, bagi sesetengah orang, Âdemam selesema bermusim mungkin menjadi lebih serius hingga mengakibatkan pneumonia dan komplikasi lain termasuk kematian.