LEE Chong Wei. FOTO AFP
LEE Chong Wei. FOTO AFP
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Chen Long dari China dalam saingan suku akhir Siri Super Terbuka Hong Kong, malam tadi.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mencatat kemenangan 12-21, 21-19, 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 25 minit.

Menanti Chong Wei di separuh akhir esok ialah pemain Hong Kong, Ng Ka Long yang sebelum itu mengalahkan Chou Thien Chen dari Taiwan 21-17, 15-21, 21-15.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut Chong Wei ke atas Chen Long, apabila Ahad lalu dia menang dalam perlawanan akhir Siri Super Perdana Terbuka China.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 3:23 AM