SEORANG pelombong dirawat di sebuah hospital selepas diselamatkan.
SEORANG pelombong dirawat di sebuah hospital selepas diselamatkan.
AFP

Dar es Salaam, Tanzania: Lima pelombong yang dipercayai maut selepas terperangkap di sebuah lombong emas yang runtuh lebih sebulan lalu ditemui masih hidup.

Semua pelombong berkenaan diselamatkan pada Ahad lalu oleh pasukan penyelamat selepas 41 hari berada di dalam tanah sedalam lebih 100 meter.

Pelombong berkenaan kumpulan 20 pekerja yang berada di lombong emas itu yang runtuh pada 5 Oktober lalu.

Dalam kejadian berkenaan 14 pelombong berjaya keluar, tetapi enam lagi terperangkap dan disahkan mati selepas usaha menyelamatkan mereka gagal.

Bagaimanapun, mereka ditemui masih hidup selepas pekerja di lombong itu mendengar suara mangsa meminta tolong pada Sabtu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 6:15 AM