PASUKAN penyelamat teruskan misi mencari budak berusia dua tahun. FOTO Reuters
PASUKAN penyelamat teruskan misi mencari budak berusia dua tahun. FOTO Reuters
Reuters

TOTALAN: Usaha mencari budak berusia dua tahun yang jatuh ke dalam perigi di selatan Sepanyol lebih seminggu lalu menghampiri tahap paling bahaya, kata jurutera pasukan penyelamat semalam.

Budak berkenaan, Julen Rosello, jatuh ketika keluarganya bersiar-siar di kediaman persendirian di Totalan, Malaga, pada 13 Januari lalu.

Tiada petunjuk beliau masih hidup.

Pelombong menggali sepanjang hari untuk menghasilkan laluan, berharap dapat mencari budak berkenaan.

Kerja diperlahankan malam semalam selepas penggerudi terkena batu keras dan pegawai berkata ada risiko lebih banyak runtuhan berlaku ketika menghasilkan laluan melintang.

“Ini bahagian paling bahaya, paling sukar, tetapi masih perlu dilakukan.

“Ia tugas sukar kerana nyawa dalam risiko tetapi mereka sudah berlatih dan mereka yang terbaik,” kata jurutera lombong, Juan Lopez Escobar.

Penyelamat mendapati perigi sedalam 100 meter dan cuma 25 sentimeter luas, dihalang dengan tanah, meningkatkan kebimbangan ia menimbus kanak-kanak itu.

“Kami pada paras 53 meter dan cuma ada tujuh meter lagi dari untuk memulakan usaha menghasilkan ruang,” kata ketua jurutera yang memantau kerja itu, Angel Vidal.

Pelombong dan jurutera Sepanyol disertai pekerja firma Sweden yang membantu mengesan 33 pelombong Chile yang diselamatkan selepas terperangkap di bawah tanah selama 69 hari lebih tujuh tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 12:43 AM