ORANG ramai berkumpul di depan kafe Le Carillon iaitu lokasi serangan di Paris, Jumaat lalu. FOTO AP
ORANG ramai berkumpul di depan kafe Le Carillon iaitu lokasi serangan di Paris, Jumaat lalu. FOTO AP

Perancis: Serangan terhadap Paris yang mengorbankan 132 nyawa, Jumaat lalu dipercayai dirancang di Syria, diatur di Belgium dan dilaksanakan dengan pembabitan warga Perancis.

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, perkara itu diperoleh berdasarkan risikan dilakukan pasukan keselamatan negara itu.

“Tindakan perang pada Jumaat diputus dan dirancang di Syria, diatur dan disusun di Belgium dan dilaksanakan di tanah air kita dengan pembabitan warga Perancis," katanya pada perhimpunan bersama di Parlimen di Versailles, selatan Perancis. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 6:22 PM