UQASHA SENROSE
UQASHA SENROSE

Sudah lama Cik Pang tak dengar cerita pasal hubungan cinta antara dua pelakon muda, Syafik Kyle dan Uqasha Senrose.

Ya lah, selepas kisah Uqasha dan Pekin berpisah tidak lama dulu, timbul cerita aktres jelita itu bercinta dengan Syafik Kyle pula.

Walaupun tidak ada kenyataan rasmi daripada Uqasha dan Syafik mengenai hubu-ngan mesra mereka, kedua-dua pelakon itu dilihat kerap juga memuat naik foto bersama di laman Instagram.

Itu belum lagi dengan dakwaan mereka tinggal berjiran supaya mudah bertemu dan melakukan aktiviti sihat bersama. Malah, ada juga teman Cik Pang pernah terserempak dengan mereka menonton wayang bersama secara diam-diam.

Cuma baru-baru ini, teman Cik Pang ada berkongsi cerita mengenai Uqasha sekarang dikatakan kembali solo. Betul ke?

Apatah lagi pada Anugerah Skrin lalu, Uqasha dikatakan datang seorang diri. Cuma di acara itu, Uqasha dilihat mesra dengan pelakon Aman Nassim pula.

Kata teman Cik Pang, dia dengar cerita daripada teman rapatnya, Uqasha dan Syafik berpisah kerana kesibukan masing-masing tapi tidak ada pula timbul cerita wujud pihak ketiga.

Cuma bila teman Cik Pang nampak kemesraan Uqasha dan Aman, lain pula firasat teman Cik Pang. Entah betul ke tidak, tuan empunya diri saja yang tahu. Tunggu saja komen mereka ya!

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 5:01 AM