Kuala Lumpur: Berikut ialah kenyataan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Peguam Negara Tan Sri Datuk Sri Mohamed Apandi Ali memaklumkan bahawa saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut. Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin.

Sememangnya menjadi hasrat saya untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes ini memandangkan ia telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Dato' Sri Mohd Najib

12 November 2015

Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 5:03 PM