KEADAAN kepala mangsa yang cedera dalam serangan malam kelmarin.
KEADAAN kepala mangsa yang cedera dalam serangan malam kelmarin.
Oleh Norizuan Shamsuddin

Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: Seorang penjaga parkir bermandi darah selepas ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki mabuk berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 10.05 malam kelmarin, mangsa lelaki berusia 30-an itu parah ditetak menggunakan pisau pemotong daging dan parang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, mangsa yang bekerja sebagai penjaga parkir mengalami tiga kesan luka serius akibat serangan itu.

Menurutnya, mangsa diserang ketika bertugas di kawasan parkir berhampiran rumah sewanya.

“Dua suspek tiba-tiba muncul sebelum menyerang mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala dan tangan kiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 7:29 AM