KHAIRUL Anuar Mohamad. FOTO fail NSTP Mohamad Shahril Badri Saali
KHAIRUL Anuar Mohamad. FOTO fail NSTP Mohamad Shahril Badri Saali
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad menjuarai pusingan Olimpik Kejohanan Memanah Asia di Bangkok, hari ini.

Pada aksi di final, Khairul Anuar menewaskan pemanah Mongolia, Gantugs Jantsan 6-0 untuk meraih emas.

Terlebih dulu pemanah Mongolia berkenaan menewaskan seorang lagi pemanah negara, Haziq Kamaruddin yang turut melangkah ke separuh akhir

Haziq turut terlepas pingat gangsa apabila tewas kepada pemanah Kazashastan Sultan Duzebayev 4-6 dalam penentuan tempat ketiga.

Kejayaan berkenaan memastikan satu tiket buat Malaysia untuk beraksi dalam acara recurve individu di Olimpik Rio pada tahun depan.

Malaysia bagaimanapun sudah mengesahkan tiket berkenaan apabila kedua-ddua pemanah negara ini melangkah ke separuh akhir dengan tiket ke Olimpik Rio diberikan kepada tiga negara terbaik.

Kejayaan ini menambah kontinjen Olimpik Rio negara dengan empat penerjun negara termasuk Pandelela Rinong sudah mengesahkan tiket lebih awal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:12 PM