HAZIQ (kiri) dan Khairul Anuar. FOTO fail NSTP
HAZIQ (kiri) dan Khairul Anuar. FOTO fail NSTP
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Pemanah negara mengesahkan satu tiket ke Olimpik Rio apabila Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin mara ke separuh akhir pusingan Olimpik Kejohanan Memanah Asia di Bangkok, hari ini.

Hanya tiga tempat teratas layak ke Olimpik Rio dengan setiap negara hanya mendapat satu tiket.

Khairul Anuar akan bertemu pemanah Kazashastan Sultan Duzelbayev manakala Haziq bertemu Gantugs Jantsan dari Mongolia di separuh akhir sebentar lagi.

Ini adalah cubaan kedua mereka selepas gagal meraih sebarang tiket ke Olimpik Rio pada Kejohanan Dunia di Denmark pertengahan tahun ini.

Pemanah negara tidak pernah gagal layak ke Olimpik sejak Athens 2004 dengan Khairul Anuar dan Haziq turut beraksi di London 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 3:39 PM