Kuala Lumpur: UDA Holdings Berhad (UDA) menganjurkan kempen promosi hartanah dan karnival dikenali U4RIA serentak merentasi wilayah tengah, utara, timur dan selatan pada 1 November hingga 26 Disember ini bertujuan mempamerkan pelbagai jenis hartanah untuk dijual.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Ahmad Abu Bakar berkata, UDA menawarkan pelbagai jenis hartanah sama ada untuk keluarga atau perniagaan dengan variasi kawasan binaan dan harga jualan dengan pelanggan boleh membeli rumah daripada harga serendah RM320,000 kepada kediaman mewah dengan nilai RM2.5 juta.

“Pelbagai produk ditawarkan sepanjang tempoh promosi ini daripada rumah satu tingkat kepada rumah berkembar dua tingkat, banglo berkembar semi-D kepada banglo dua tingkat dan kondominium kepada pembangunan komersil,” katanya pada satu kenyataan di sini, semalam.

Antara projek pembangunan yang ditawarkan Avenue 4, Lake Valley dan Lake Vista Residence yang terletak di Wilayah Tengah; Arcaria, Scarlet Villa, Florissa, Bella Impiana, Legasi Casarina dan K-Parc (Utara); Uda Heights, Rosa Terraces, Trigon (Selatan); dan Sarai (Timur).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:01 AM