MOHD Salem (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Hartanah dan Teknikal Kumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Nordin Murat (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi UDA Land (South) Sdn Bhd, Muhammad Ismail Dasuki (kiri) memotong reben sebagai simbolik perasmian unit contoh rumah teres dua tingkat Areca Terrace (Fasa 4A) di Bandar UDA Utama, Johor Bahru. FOTO ihsan UDA

Mary Victoria Dass

Johor Bahru: UDA Holdings Berhad (UDA)menyasarkan pelancaran tiga projek hartanah baharu di negeri Johor tahun ini.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd Salem Kailany berkata, antara produk hartanah kediaman bakal dilancarkan termasuk unit rumah teres dua tingkat Pisonia Ville (pakej 3) di Bandar UDA Utama, di sini.

Beliau berkata, UDA juga bakal memperkenalkan produk hartanah kediaman di kawasan sama iaitu rumah berkembar dan banglo dua tingkat di UDA Heights.

Menurutnya, UDA turut merancang pembangunan rumah teres satu tingkat iaitu Sedili Residensi di Kota Tinggi.

"Ketiga-tiga produk itu dijangka bakal dilancarkan pada Julai, Oktober dan November tahun ini.

"Semoga usaha ini juga dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani," katanya ketika merasmikan Majlis UDA Ria Raya @ Areca Terrace di Bandar UDA Utama di sini, hari ini.

UDA menyasarkan jualan sebanyak 86 unit Areca Terrace menjelang Disember tahun ini dan ia ditawarkan dengan harga bermula daripada RM538,611 hingga RM803,916.

Pada majlis yang sama, UDA turut melancarkan unit rumah contoh teres duatingkat Areca Terrace (Fasa 4A).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2023 @ 1:29 PM