Kangar: Seramai 51 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk lapan wanita dicekup Jabatan Imigresen negeri di tapak pembinaan K-Parc di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Dalam serbuan berkenaan, kesemua mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohd Zulhilmi Zulkifly berkata, kesemua mereka bersia 2 tahun sehingga 57 tahun itu didapati sudah bekerja lebih lima bulan disitu.

Katanya, kesemua mereka akan dibawa pulang ke Pejabat Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tindakan selanjutnya.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 12:12 PM