ANTARA pusat judi yang diserbu. FOTO ihsan Polis
ANTARA pusat judi yang diserbu. FOTO ihsan Polis
Oleh Ayusliza Azizan


Klang: Enam pusat perjudian di daerah ini diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira 10 malam itu, polis menahan tujuh pekerja dan 12 pelanggan pusat perjudian berkenaan berusia 25 hingga 50 tahun.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, dalam serbuan itu polis merampas 69 komputer riba dan alat kawalan, 31 mesin judi dan lima modem.

"Wang tunai berjumlah RM1,560 turut dirampas.

"Semua individu ditahan bersama barang rampasan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 4:54 PM