Wenger memerhatikan pasukannya dibelasah Bayern Munich sekaligus menyukarkan peluang ke peringkat 16 terakhir. - Pix AP
Wenger memerhatikan pasukannya dibelasah Bayern Munich sekaligus menyukarkan peluang ke peringkat 16 terakhir. - Pix AP

Munich: Arsene Wenger menghentam aksi bertahan ‘sangat buruk' dipamer skuadnya dibelasah 5-1 di Bayern Munich dalam Liga Juara Juara.

Ia kekalahan paling teruk Arsenal di gelanggang lawan dalam pentas Eropah selepas dibedal 4-0 di AC Milan pada 16 Februari 2012.

Arsenal hanya ada peluang ‘matematikal’ mara ke peringkat kalah mati selepas Dinamo Zagreb tewas 2-1 di Olympiakos.

"Kita perlu beri pujian kepada Bayern atas kualiti mereka tetapi kami menjadikan perlawanan itu mudah buat mereka disebabkan kami bertahan dengan buruk. Kami tidak berada dalam perlumbaan," akui Wenger. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 4:34 PM