Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Naim Abu Bakar (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan (kiri), ketika majlis penyampaian sijil
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Naim Abu Bakar (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan (kiri), ketika majlis penyampaian sijil

Melaka: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersiap siaga mengerah 49,800 anggota tetap dan sukarelawannya membantu masyarakat jika berlaku bencana banjir di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahlan berkata daripada jumlah itu, 11,800 adalah anggota yang boleh digerak serta-merta dalam tempoh

dua jam banjir bermula manakala selebihnya sukarelawan yang boleh dipanggil membantu tugas susulan.

“JPAM sentiasa bersedia dan meletakkan kesemua kekuatan dan aset dalam keadaan bersiap siaga menghadapi bencana alam yang melanda setiap tahun,," katanya selepas menghadiri pelancaran penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) Peringkat Negeri Melaka mewakili Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Selamat berkata selain sukarelawan daripada kalangan orang awam, pihaknya juga akan menggerakkan sukarelawan Siswa Siswi Pertahanan Awam untuk memberi bantuan ketika banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2015 @ 5:47 PM