KETUA Pegawai Eksekutif GIATMARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail (tengah depan) dan Ogu Salim (tiga kanan depan) beramah mesra bersama peserta kursus selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman. FOTO Rosela Ismail
KETUA Pegawai Eksekutif GIATMARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail (tengah depan) dan Ogu Salim (tiga kanan depan) beramah mesra bersama peserta kursus selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman. FOTO Rosela Ismail
Oleh Garret Dawum


Puchong: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan terus mempergiat dan menjalankan pelbagai program kesedaran di peringkat masyarakat untuk persiapan menghadapi kecemasan dan bencana.

Ketua Pengarahnya, Ogu Salim Omar berkata, program itu bertujuan memberi pengetahuan dan latihan mengenai langkah yang perlu dibuat ketika menghadapi kecemasan atau bencana dan setakat ini pihak JPAM sudah mempunyai Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) yang membabitkan 2,500 pasukan seluruh negara.

"Usaha ini satu inisiatif dalam membangunkan masyarakat mengenai persiapan kecemasan atau bencana yang diambil daripada Jepun.

"Menerusi CDERT ini, pihak JPAM sudah melihat perubahan ketara apabila tahap kepekaan dan tindakan masyarakat ketika menghadapi bencana meningkat kepada 50 peratus berbanding tahun lalu," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara JPAM dan Giatmara di sini, hari ini.

Menerusi memorandum itu, pihak JPAM akan bekerjasama dengan Giatmara dalam usaha membangunkan Kurikulum Modul dan ‘Written Instructional Material’ (WIM) Asas Pengurusan Keselamatan dan Kecemasan di tempat kerja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 7:08 PM