Hilmi berkata Kementerian Kesihatan masih mencari jalan penyelesaian sama ada perlu membuat keputusan muktamad berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik. FOTO Ramdzan Masiam
Hilmi berkata Kementerian Kesihatan masih mencari jalan penyelesaian sama ada perlu membuat keputusan muktamad berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik. FOTO Ramdzan Masiam
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Balik Pulau: Kementerian Kesihatan masih mencari jalan penyelesaian sama ada perlu membuat keputusan muktamad berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik termasuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sehingga kini tiada sebarang keputusan dibuat selain masih lagi meneliti undang-undang yang sedia ada.

Katanya, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011 di bawah Akta Makanan 1983 dilihat tidak begitu ketat terutama denda yang dikenakan terhadap pesalah bagi mengawal penggunaan vape dan hasil tembakau seperti rokok.

Katanya, kajian itu perlu diperhalusi bukan saja terhadap penggunaan rokok elektronik yang lain termasuk 'Vape' dan tidak terkecuali penggunaan Shisha turut dipertimbangkan.

"Ini kerana menghisap shisha dalam tempoh sejam bersamaan dengan menghisap 150 batang rokok dan begitu juga dengan penggunaan Vape dilihat amat berbahaya terutama bila asap disedut.

"Asap yang dihembus keluar boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan selain mengesahkan kandungan cecair yang digunakan melebihi lima voltan akan menghasilkan ubat pengawet mayat dan cuka getah," katanya ketika melawat keluarga mangsa kelar di Teluk Kumbar, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 4:28 PM