Beirut: Serangan udara di utara Syria sejak beberapa minggu lalu menyasarkan sekurang-kurangnya 12 hospital, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 pesakit dan kakitangan perubatan terbunuh.
Kumpulan kebajikan perubatan Medecins Sans Frontieres (MSF) atau Doktor Tanpa Sempadan berkata, keganasan yang semakin meningkat sejak akhir September lalu turut menyebabkan ribuan orang awam kehilangan tempat tinggal.
MSF bagaimanapun tidak menyebut negara yang terbabit melancarkan serangan udara itu.
Jet Russia dan Syria diketahui memperhebatkan serangan mereka di barat dan barat laut Syria.
Dalam kenyataannya, MSF berkata, selain puluhan yang terbunuh, 72 yang lain cedera dalam serangan yang menyasarkan hospital di Aleppo, Idlib dan Hama.
Enam hospital juga terpaksa ditutup. - Agensi